18 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

BEIT LAHM, 16 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik 18 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat, atas tuduhan mereka adalah orang buruan yang terlibat dengan aktiviti anti penjajahan.

Beberapa buah rumah penduduk dipecah masuk, di mana tentera Zionis mendakwa telah menjumpai senjata serta merampas wang yang digunakan untuk operasi melawan rejim penjajah.

Dalam kejadian di bandar al-Khader di selatan wilayah Beit Lahm, bekas tahanan Khaled Salah diculik dari rumah keluarganya, tiga hari sebelum majlis perkahwinan beliau.

Seorang lagi pemuda diculik dari kem pelarian Dheisheh di Beit Lahm ketika pertempuran di antara kumpulan pemuda Palestin dan tentera Zionis. Tiada kecederaan dilaporkan.

Di Nablus, pertempuran sengit tercetus di Sebastia selepas tentera Zionis menyerbu bandar tersebut buat kali kedua dalam tempoh 24 jam. Sebanyak tujuh buah kenderaan peronda tentera Zionis menyerang penduduk dengan tembakan bom pelali serta gas pemedih mata.

Penculikan juga dilaporkan di wilayah-wilayah Jenin, Tulkarem dan Baitulmaqdis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts