18 penduduk Tebing Barat dan al-Quds diculik oleh tentera Zionis

BEIT LAHM, 14 Mac 2017 (Maan) — Sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin termasuk tiga orang kanak-kanak diculik dalam operasi tentera penjajah Zionis di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Enam orang ditangkap dari Beit Lahm dan al-Khalil di selatan Tebing Barat, termasuk kanak-kanak Yazan Baana, 15 tahun.

Di al-Quds, dua remaja diculik dari perkampungan Hizma. Di utara Tebing Barat, tiga diculik dari kawasan Jenin dan lima yang lain ditangkap di daerah Nablus.

Tentera menjalankan operasi di seluruh Tebing Barat dan al-Quds hampir setiap malam. Menurut rekod PBB, tentera Zionis menjalankan sebanyak purata 73 operasi setiap minggu sejak awal tahun 2017.

Pertubuhan hak asasi Ademeer melaporkan bahawa seramai 6,200 orang penduduk ditahan dalam penjara Zionis, termasuk 53 wanita dan 300 kanak-kanak, sehingga akhir Januari 2017. Seramai 420 lagi termasuk 22 wanita ditangkap pada bulan Februari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts