19 pendatang Yahudi cemari Masjid al-Aqsa dengan ritual Talmud

BAITULMAQDIS, 28 Jan 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi yang diiring oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk dan mencemari Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan melakukan ritual-ritual Talmud.

Seramai 19 orang menceroboh melalui Pintu al-Maghareebah dan berarak secara provokatif di perkarangan tapak suci umat Islam itu dengan dikawal rapi oleh polis.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk hampir setiap hari terutamanya di awal pagi apabila para jemaah pulang selepas waktu Dhuha. Bilangan jemaah berkurangan pada waktu tersebut, sehinggalah mereka datang semula untuk solat Zuhur.

(PIC, IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts