GAZA, 19 Feb 2019 — Sekurang-kurangnya 19 penduduk termasuk seorang kanak-kanak cedera ditembak dan puluhan yang lain mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata oleh tentera penjajah Zionis dalam perhimpunan aman Great Return March (GRM) di sempadan Gaza malam tadi.

Puluhan pemuda Palestin berhimpun di kawasan sempadan bagi menyertai perhimpunan malam, yang merupakan elemen penting dalam GRM. Perhimpunan waktu malam dihentikan sejak November tahun lalu, setelah rejim Zionis berjanji untuk mengendurkan sekatan ke atas Gaza.

Bagaimanapun demonstrasi waktu malam dihidupkan semula seminggu lalu apabila rejim Zionis tidak menunjukkan sebarang komitmen yang telah dipersetujui bersama di bawah seliaan Mesir, Qatar dan PBB.

(PIC, IMEMC)

SHARE