19 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 11 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis mendulik 19 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat malam tadi.

Pertempuran tercetus di kota Baituna di barat wilayah Ramallah serta bandar Kafr Malik di timur Ramallah, di samping bandar Deir al-Ghusoun berdekatan wilayah Tulkarem.

Seorang pemuda Palestin cedera ditembak dalam kejadian di kota Beitunia.

Manakala di Nablus, tentera Zionis menculik pensyarah Ghassan Thouqan selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya di kejiranan al-Ma’ajeen. Mereka turut merampas wang tunai berjumlah 11,000 Shekel serta beberapa unit telefon bimbit dari rumah tersebut.

Di kota Nablus, tentera Zionis memecah masuk sebuah bengkel percetakan dari merampas sebuah komputer milik usahawan Dawqan di kawasan Balata al-Balad.

Peguam Ibrahimi al-Amer diculik dalam kempen tentera Zionis di bandar Kafr Qalil di selatan Nablus. Seorang lagi penduduk, Yazan al-Khalil, turut diculik dari rumahnya di bandar Qusra, tenggara Nablus.

Di Jenin pula, tentera Zionis memecah masuk rumah bekas tahanan Ahmed Abu Sariya di kejiranan Kharouba, merampas wang tunai dan cek serta merosakkan perabut, tanpa membuat sebarang tangkapan.

Pemuda Hamdan al-Sayed diculik oleh tentera Zionis di sekatan Za’atara ketika dalam perjalanan pulang dari Ramallah ke Jenin.

Seramai 12 yang lain diculik dari rumah-rumah mereka di beberapa kawasan lain di Tebing Barat, terutamanya di bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil.

Berikut adalah senarai mangsa yang diculik:

  1. Raed Sharif Abu Mariya, Beit Ummar – al-Khalil.
  2. Ayham Khalil Sabarna, Beit Ummar – al-Khalil.
  3. Khalil Jamal Abu Mariya, Beit Ummar – al-Khalil.
  4. Ammar Jamal Abu Mariya, Beit Ummar – al-Khalil.
  5. Eyad Omar Sleibi, Beit Ummar – al-Khalil.
  6. Ziad, Beit Ummar – al-Khalil.
  7. Hasan Mohammad Miqbil, Beit Ummar – al-Khalil.
  8. Jihad Raed Miqbil, Beit Ummar – al-Khalil.
  9. Ahmad Samir Abu Ayyash, Beit Ummar – al-Khalil.
  10. Ghassan Thouqan, (Pensyarah) Nablus.
  11. Ibrahim al-‘Amer, (Peguam) Kafr Qalil – Nablus.
  12. Yazan Mohammad Walid, Qusra – Nablus.
  13. Ahmad Abdullah Abu Sirriya, Nablus.
  14. Hamdan Sayyed, Nablus.
  15. Mo’taz Ziad Saba’na, Nablus.
  16. Aseed Yasser Salim, Azzoun – Qalqilia.
  17. Sobhi Mohammad Shousha, Betunia – Ramallah.
  18. Jawad Mahmoud Taqatqa, Beit Fajjar – Beit Lahm.
  19. Shaher Issa Taqatqa, Beit Fajjar – Beit Lahm.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts