19 penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 18 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menculik sekurang-kurangnnya 19 penduduk Palestin, termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita, dari Tebing Barat.

Pasukan khas tentera Zionis menculik seorang peguam, Adi Khaled Ghuneimat, dari daerah al-Khalil di selatan Tebing Barat. Manakala di daerah Beit Lahm, lima penduduk diculik iaitu Ziyad al-Husanat, Abed Badir, Malek Zaboun, Louay Zaboun, dan Hamza Sarasra.

Di Baitulmaqdis, enam orang diculik iaitu Qusai Abed Alyan, Yousef Darwish, Muhammad Khaled Abu al-Hummus, Yazid Darwish, Ahmad Haitham, dan Muhammad Walid.

Sementara di utara Tebing Barat, pemuda Kathem Radwan diculik dari daerah Qalqiliya. Di Tulkarem, dua orang diculik. Tentera Zionis memecah masuk rumah wanita Areej Hamad dan menculik beliau. Seorang lagi mangsa adalah Maazuz Ahmad Amarneh.

Di Jenin pula, dua kanak-kanak diculik iaitu Mahmoud Muayed al-Saadi dan Abed al-Raouf al-Natour. Dua yang lain diculik dari Nablus, iaitu Mustafa Hajeh dan Maan Nour al-Din al-Shaer.

Berikut adalah senarai mangsa yang diculik:

  1. Odai Khaled Ghneimat (peguam), Surif, utara al-Khalil.
  2. Ziad al-Hasanat, Beit Lahm.
  3. Abed Bodeir, Beit Lahm.
  4. Malek Zboun, Beit Lahm.
  5. Luay Zboun, Beit Lahm.
  6. Hamza Sarara, Beit Lahm.
  7. Arij Hamed, perkampungan Far’un, Tulkarem.
  8. Ahmad Amarna, Tulkarem.
  9. Moayyad Mahmoud Sa’adi, (kanak-kanak), kem pelarian Jenin.
  10. Abdul-Rauf Mohammad Nathour, (kanak-kanak), kem pelarian Jenin.
  11. Mustafa Hijja, Nablus.
  12. Ma’an Noureddin Sha’er, Nablus.
  13. Kathem Radwan, Qalqilia.
  14. Qussai Abed Oleyyan, Baitulmaqdis.
  15. Yousef Darwish, Baitulmaqdis.
  16. Yazid Darwish, Baitulmaqdis.
  17. Mohammad Khaled Abu al-Hummus, Baitulmaqdis.
  18. Ahmad Haitham, Baitulmaqdis.
  19. Mohammad Walid, Baitulmaqdis.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts