19 penduduk Tebing Barat diculik oleh tentera Zionis

RAMALLAH, 6 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 19 penduduk Palestin termasuk seorang yang cedera dari beberapa daerah di Tebing Barat sepanjang malam tadi, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Beberapa daerah Tebing Barat telah diserbu masuk oleh tentera Zionis, termasuk kawasan perkampungan dan kem pelarian di Qalqiliya, Nablus, Ramallah, al-Khalil dan Beitulmaqdis.

Seramai tujuh orang diculik dari al-Khalil iaitu Muhammad Taysir al-Atrash, Hamza Tareq Ghaith, Muhammad Samir Abu Aram, Falah Hamdi Abu Maria, Mahya al-Din, dan Khatab Wahid Abu Maria.

Sementara pemuda Muhannad Abed al-Fatah al-Rajbi diculik ketika sedang mendapatkan rawatan setelah terkena tembakan peluru hidup.

Dua orang diculik dari Baitulmaqdis iaitu Muhammad Hamza Salah al-Din dan Mussab Abed al-Rahman al-Khatib.

Pertempuran di antara pemuda Palestin dan tentera Zionis dilaporkan berlaku di bandar Azzun di Qalqiliya dan juga kem pelarian Deheisheh di Beit Lahm.

Di Ramallah, pemuda Jebril Saleh dari perkampungan al-Mazra’a al-Qibliya diarah hadir ke pusat interogasi tentera Zionis untuk disoal siasat. Terdahulu, seorang bekas tananan dari perkampungan tersebut, Maher Sheraitah, ditahan oleh pasukan perisikan Shin Bet setelah mengarahkan beliau hadir ke pusat interogasi Ofer.

Manakala di al-Khalil, dua beradik dari keluarga Abu Maria diculik dari bandar Beit Ummar selepas memecah masuk dan menggeledah rumah serta menyerang ahli keluarga mereka.

Tentera Zionis turut menutup semua laluan masuk ke bandar Azzun, memecah masuk kedai-kedai sehingga mencetus pertempuran dengan pemuda tempatan.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts