2 bayi Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk melampau

GAZA, 9 Jan 2017 (PIC) — Dua orang bayi dari bandar Deir al-Balah dan Juhr al-Dik di Gaza dilaporkan meninggal dunia akibat cuaca sejuk yang melampau.

Bayi Mohammad Ahmad al-Swarka yang baru berusia 12 hari dimasukkan ke Hospital Shuhada al-Aqsa dalam keadaan tenat dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dimasukkan ke dalam nurseri hospital.

Terdahulu, bayi Abdulqader Abu Holy, 8 bulan, meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan ke Hospital Shuhada al-Aqsa cawangan Deir Balah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts