BEIT LAHM, 30 Mei 2018 — Dua beradik Palestin cedera selepas dipukul dengan teruk oleh pendatang Yahudi ketika sedang bekerja di kebun mereka di perkampungan Husan di barat Beit Lahm.

Pada mulanya, gerombolan pendatang Yahudi dari pos penempatan haram Sidi Bouaz cuba memaksa Mahmoud Sabatin, 52, dan adiknya Ibrahim, 49, meninggalkan kawasan kebun tersebut. Dua beradik itu dipukul dengan teruk selepas mereka enggan berundur.

Pendatang Yahudi ingin merampas tanah penduduk Palestin di kawasan tersebut bagi meluaskan pos haram Sidi Bouaz. Ia dibina di atas tanah penduduk Palestin di Ein al-Qassis berdekatan bandar al-Khader.

(PIC, IMEMC)

SHARE