2 cedera dalam serangan tentera Zionis ke atas Gaza

GAZA, 18 Feb 2018 — Dua penduduk Palestin cedera dalam serangan udara serta kereta kebal tentera Zionis awal malam tadi, beberapa jam selepas empat askar peronda Zionis cedera akibat letupan dalam kawasan Khan Younis di selatan Gaza berdekatan pagar sempadan.

Beberapa buah ambulan dikejarkan ke kawasan serangan bom di timur Rafah, dan mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Abu Yousef Annajar.

Terdahulu, pasukan kereta kebal tentera Zionis mengebom kawasan al-Shawka dan al-Fakhari berdekatan pos tentera Sufa di timur Rafah. Sebanyak 18 lokasi menjadi sasaran serangan tentera udara Zionis, termasuk tapak-tapak milik Briged al-Qassam dan Briged al-Quds.

(PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts