2 kanak-kanak al-Khalil ditangkap selepas ditembak

AL-KHALIL, 22 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap dua kanak-kanak Palestin setelah mengejar dan menembak mereka di kejiranan Qubboun di barat al-Khalil pagi tadi.

Kedua-dua mangsa ditangkap ketika satu pertempuran di antara tentera dan pemuda Palestin.

Dalam pada itu, tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam rumah keluarga al-Himouni di al-Khalil, menyebabkan penghuninya mengalami sesak nafas akibat tembakan gas yang sangat banyak. Tentera turut memasang sekatan di laluan masuk ke bandar Beit Ummar di utara al-Khalil dan menyekat semua kenderaan untuk diperiksa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts