2 kanak-kanak al-Quds cedera ditembak polis Zionis

AL-QUDS, 16 Okt 2017 — Dua kanak-kanak pelajar sekolah cedera ditembak ketika pasukan polis Zionis menyerang masuk bandar al-Issawiya di timur laut al-Quds tengahari tadi.

Serangan tersebut berlaku ketika para pelajar bergerak pulang ke rumah selepas baharu tamat sesi persekolahan. Polis melepaskan tembakan peluru getah dan grenad pelali walaupun ramai kanak-kanak masih berada di kawasan tersebut.

Salah seorang mangsa adalah pelajar perempuan Misk Mustafa, 14, yang ditembak dengan peluru getah di bahagian kakinya. Seorang lagi mangsa adalah kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang terkena grenad pelali di bahagian perutnya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts