BAITULMAQDIS, 5 Dis 2018 — Dua kanak-kanak Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis berdekatan bandar Jaba’ di timur laut Baitulmaqdis, malam tadi.

Kanak-kanak yang berumur 14 dan 15 tahun itu dikejarkan ke Kompleks Perubatan Ramallah. Mereka masing-masing ditembak di bahagian lengan dan kaki.

Sehingga kini, motif tembakan tersebut masih tidak diketahui. Ketika kejadian, mereka sedang berjalan pulang ke rumah.

(IMEMC, PIC, Maan)

SHARE