2 kanak-kanak Palestin dijatuhkan hukuman penjara

AL-QUDS, 3 Nov 2016 (Silwanic) — Mahkamah daerah Zionis menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan dan probasi selama tiga tahun ke atas dua kanak-kanak Palestin, Khader Abu Ghannam and Amir Abulhawa, selepas mereka selesai menjalani hukuman tahanan dalam rumah sejak 11 bulan lalu.

Mereka ditangkap oleh beberapa orang polis yang menyamar dengan berpakaian wanita lengkap bertudung pada 10 Disember lalu di perkampungan al-Tur dan dituduh membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi.

Sebelum dikenakan tahanan dalam rumah, mereka telah ditahan di penjara Maskobyeh dan BaSharon sehingga awal Januari. Selepas dibebas dari penjara, Khader diperintah buang daerah ke Beit Hanina makala Amir dibuang ke Beit Safafa, di mana mereka dikenakan tahanan dalam rumah dan tidak dibenarkan ke sekolah. Mereka dibenarkan pulang ke rumah mereka di Al-tur pada bulan Mei lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts