BAITULMAQDIS, 29 Julai 2018 — Polis Zionis hari ini mengharamkan dua Muslimah Palestin, Nafiseh Khweis and Ayedah Saidawi, memasuki Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama dua minggu.
Beberapa hari sebelumnya, polis Zionis merampas dokumen pengenalan milik Nafiseh ketika beliau hadir ke sebuah pusat tahanan untuk mengambil dokumen-dokumen beliau. Sebuah rakaman video yang memaparkan beliau menyeru pembelaan ke atas Masjid al-Aqsa tersebar minggu lalu.
(PIC)