GAZA, 1 Jan 2019 — Pasukan tentera laut Zionis menculik seorang nelayan Palestin bersama anak lelakinya dan merampas bot mereka di perairan utara Gaza pagi tadi.

Issa al-Sharafi, 60, bersama anaknya Mahmoud diculik di pantai al-Sudaniya dan bot serta semua peralatan menangkap ikan mereka dirampas.

Kira-kira 40 nelayan Gaza telah diculik sepanjang tahun 2018. Lebih 25 buah bot dirampas dalam tempoh tersebut.

Sekitar 50,000 penduduk Gaza bergantung hidup kepada industri perikanan.

(PIC, MEMO)

SHARE