2 pemuda ditembak mati di Nablus

NABLUS, 20 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis menembak mati dua pemuda Palestin setelah menyerbu Makam Yusuf di kota Nablus tengah malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Raed Hashim Mohammed Hamdan, 21, dan Zaid Imad Mohammed Nouri, 20.

Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas pasukan khas tentera Zionis membunuh Omar Abu Laila, suspek penyerang yang membunuh tiga Yahudi di penempatan haram Ariel hari Ahad lalu, di Ramallah.

Kedua-dua mangsa ditembak ketika menaiki sebuah kenderaan berdekatan Makam Yusuf, tanpa sebarang alasan. Kereta mereka kemudian dihempap dengan sebuah jentolak. Mereka dibiarkan cedera berlumuran darah sehinggalah meninggal dunia.

Tentera Zionis turut meepaskan tembakan ke arah pasukan ambulan yang cuba mendekati kawasan kejadian.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts