2 pemuda Palestin ditangkap atas tuduhan merempuh tentera Zionis

AL-KHALIL, 7 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi menangkap dua orang pemuda Palestin di persimpangan Beit Enoun di utara al-Khalil, selepas dituduh cuba merempuh sepasukan tentera yang berkawal di situ.

Kenyataan saksi bagaimanapun mendakwa kejadian tersebut adalah satu kemalangan jalanraya.

Kawasan utara al-Khalil menjadi semakin tegang berikutan pertempuran yang berlaku di bandar Halhoul selepas pembunuhan Hamzeh Youssif Zamaareh. Hamzeh dibunuh selepas beliau membuat serangan menikam di laluan masuk penempatan haram Karmei Tzur di utara al-Khalil.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts