2 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran di kem Balata

NABLUS, 20 Okt 2016 (Maan) — Tentera Zionis mengiringi lebih 1,000 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak bersejarah berdekatan kem pelarian Balata untuk melakukan ritual di tempat yang mereka dakwa sebagai makam Nabi Yusuf awal pagi tadi.

Mereka tiba sejak Rabu malam dan berada di situ sehingga awal hari ini, di mana tentera Zionis bertempur dengan pemuda Palestin. Seorang pemuda cedera ditembak di bahagian perut manakala seorang lagi sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.

Menurut Perjanjian Oslo 1993, tapak “Makam Nabi Yusuf” itu jatuh di bawah kawalan tentera Zionis, namun Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengambil alih apabila tentera Zionis berundur ketika berlakunya Intifadah Kedua.

Penduduk Palestin percaya bahawa tapak tersebut adalah sebenarnya tempat pengkebumian seorang ulamak yang bernama Sheikh Yousef Dweikat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts