2 penduduk Palestin ditahan atas tuduhan membunuh pendatang Yahudi

NAZARETH, 8 Okt 2017 — Polis Zionis dengan kerjasama badan perisik Shin Bet menahan dua penduduk Palestin dari bandar Qabatiya di selatan Jenin atas tuduhan membunuh seorang pendatang Yahudi di kota Kafr Qasim.

Terdahulu, polis Zionis mengumumkan bahawa seorang pendatang Yahudi berumur 70 tahun dari kawasan penempatan haram Elkana berdekatan kota Salfit di Tebing Barat dijumpai mati dalam kedai arang beliau di kota Kafr Qasim.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts