2 remaja diculik dalam perjalanan memetik buah zaitun

QALQILIYA, 25 Okt 2016 (Maan) — Dua remaja Palestin diculik oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan untuk memetik buah zaitun berdekatan perkampungan Kafr Qaddum di wilayah Qaqiliya.

Rafe Muhammad Hussein, 17, dan Muhammad Nidal, 20, ditahan selama beberapa jam sebelum dilarikan ke tempat yang tidak diketahui.

Mulai Sabtu lalu, tentera Zionis memberi kebenaran kepada penduduk Palestin menuai hasil zaitun mereka berdekatan kawasan penempatan haram Qadumim.

Sejak tahun 2013, perkampungan Kafr Qaddum kehilangan sekurang-kurangnya 10.8% daripada kawasannya akibat pembinaan penempatan haram Yahudi. Ia juga diancam oleh pembinaan Tembok Pemisah yang memisahkan penduduk dari tanah kebun mereka. Jalan utama di Kafr Qaddum ditutup oleh tentera Zionis sejak 13 tahun lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts