2 remaja Palestin ditembak mati berdekatan Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 15 Ogos 2019 — Polis penjajah Zionis menembak mati dua remaja Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis, berdekatan Masjid al-Aqsa, petang tadi.

Remaja terbabit, kedua-duanya berumur 14 tahun, dikatakan cuba menikam seorang pegawai polis berdekatan Bab al-Amoud. Salah seorang daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, sementera seorang lagi dibawa ke hospital dan meninggal dunia kemudiannya.

Seorang anggota polis Zionis cedera ringan dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Shaare Zedek di Baitulmaqdis.

Susulan kejadian, polis Zionis melepaskan tembakan peluru hidup secara rambang untuk menyurai penduduk Palestin dalam Masjid al-Aqsa, mencederakan seorang penjaga masjid. Mereka menutup semua pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa serta mengerahkan anggota ke dalam tapak suci umat Islam itu untuk menghalau semua jemaah yang ada di dalamnya.

Para jemaah terpaksa mendirikan solat Maghrib dan Isyak di luar pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts