2 rumah Palestin di Baitulmaqdis diroboh

BAITULMAQDIS, 11 Apr 2018 — Pasukan polis Zionis menyerbu bandar Abu Ghush di barat wilayah Baitulmaqdis yang terjajah, mengepung dua buah rumah penduduk Palestin dan mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai zon larangan tentera awal pagi tadi.

Mereka kemudian merobohkan dua buah rumah milik keluarga Musa Qassem dan Abed Hussein, selepas memaksa semua ahli keluarga mereka mengosongkan rumah. Rumah-rumah terbabit didakwa tidak mendapat kebenaran pembinaan daripada pihak perbandaran Zionis.

Bulan lalu, tiga buah rumah keluarga Palestin telah dimusnahkan sementara dua lagi keluarga dipaksa meroboh sendiri rumah mereka.

(Alray, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts