2 rumah penduduk Gaza jadi sasaran serangan kereta kebal Zionis

GAZA, 6 Sep 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyasarkan lima tembakan meriam kereta kebal ke wilayah Gaza awal pagi tadi.

Dua buah rumah penduduk, dua pusat latihan mujahidin dan sebidang tanah pertanian di Beit Lahiya terkena tembakan tersebut, menyebabkan kerosakan harta. Salah sebuah rumah terbabit adalah milik keluarga al-Shanti. Tidak ada kecederaan dilaporkan.

Tentera Zionis mendakwa serangan tersebut dibuat sebagai membalas tembakan sniper Palestin yang menyasarkan sebuah pengkalan tentera mereka yang terletak di utara sempadan Gaza sebanyak tiga kali sepajang minggu ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts