2 tahahan dalam keadaan kritikal selepas ditembak dalam penjara

GURUN NAQAB, 25 Mac 2019 — Pusat Kajian Tahanan Palestin mengesahkan dua tahanan cedera dan berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak ketika pasukan tentera Zionis menggempur penjara Gurun Naqab malam tadi.

Islam Weshahi, 37, yang berasal dari perkampungan al-Shuhada di Jenin, dan Uday Salem, 30, dari perkampungan ash-Shawawrah di Beit Lahm menjalani pembedahan kecemasan di Hospital Soroka, Beer Sheva.

Seramai 25 tahanan Palestin tercedera dalam serangan tersebut, di mana 15 daripada mereka dikejarkan ke Hospital Soroka.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts