2 tahanan mogok lapar dipindah ke dalam kurungan berseorangan

RAMALLAH, 7 Okt 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini memindahkan tahanan mogok lapar Ahmed Abu Fara dan Anis Shadid ke dalam kurungan berseorangan di penjara Ofer.

Kedua-dua tahanan kini memasuki hari ke-10 mogok lapar bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas mereka.

Ahmed, 29, dikenakan tahanan pentadbiran sejak ditangkap pada 2 Ogos 2015. Beliau sebelum ini pernah merengkok dalam penjara Zionis selama dua tahun.

Manakala Anis, 19, juga dikenakan tahanan pentadbiran sejak ditangkap pada tarikh yang sama.

Kini seramai enam orang tahanan Palestin masih meneruskan mogok lapar.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts