2 tahanan mogok lapar dipindahkan ke dalam kurungan berseorangan

RAMALLAH, 27 Sep 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis memindahkan dua tahanan dari al-Khalil, Anas Shadad dan Ahmed Abu Fara, yang melancar mogok lapar sejak tiga hari lalu ke dalam tahanan berseorangan di penjara Ofer.

Anas ditangkap dua bulan lalu. Baru-baru ini pihak Zionis memperbaharui tempoh tahanan pentadbiran ke atas beliau selama enam bulan lagi, menyebabkan beliau membantah dan melancar mogok lapar.

Manakala Ahmed ditangkap pada bulan Ogos dan turut melancar mogok lapar apabila pihak rejim memperbaharui tempoh tahanan pentadbiran ke atas beliau selama enam bulan.

Menurut pertubuhan has asasi Addameer, seramai 7,000 penduduk Palestin dikurung dalam penjara Zionis sehigga Ogos lalu, di mana 700 daripada mereka dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts