2 tahanan mogok lapar dipindahkan ke hospital

GAZA, 10 Apr 2019 — Pihak penjara Zionis hari ini memindahkan dua tahanan Palestin yang menyertai mogok lapar dari penjara Ramon ke hospital di penjara Ramla, selepas mereka enggan minum air.

Sekitar 400 tahanan memulakan mogok lapar secara berperingkat sejak hari Isnin, selepas pihak penjara enggan memenuhi tuntutan asasi mereka.

Para tahanan membantah keadaan penjara yang sangat teruk, pemasangan alat melintang gelombang telefon yang menyebabkan barah, larangan lawatan ahli keluarga serta langkah punitif yang dikenakan ke atas mereka.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts