2 tahanan Palestin dibebaskan selepas 30 tahun merengkok dalam penjara

RAMALLAH, 31 Okt 2018 — Tahanan Palestin Mahmoud Abu Kharbish, 52, dan Juma Ibrahim Adam, 49, dibebaskan dari penjara Zionis setelah dikurung berterusan selama 30 tahun.

Kedua-dua tahanan yang berasal dari Jericho itu merupakan antara mereka yang paling lama masih dikurung dalam penjara Zionis. Mereka dihukum penjara selama 99 tahun atas sabit meletupkan sebuah bas yang dinaiki oleh tentera Zionis pada 13 Oktober 1988, membunuh lima anggota tentera.

Mereka sepatutnya dibebaskan pada tahun 2014 lalu, bersama kumpulan keempat 123 tahanan yang ditangkap sebelum proses damai Oslo 1993.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts