AL-KHALIL, 8 Mei 2019 — Persatuan Tahahan Palestin hari ini melaporkan bahawa dua orang tahanan meneruskan mogok lapar dalam penjara Zionis sejak 37 hari lalu.

Odah al-Hroub, 32, dan Hasan al-‘Oweiwi, 35, yang berasal dari al-Khalil menuntut supaya tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas mereka ditamatkan.

Walaupun kesihatan mereka semakin merosot, pihak penjara tetap memindahkan mereka dari satu penjara ke penjara lain untuk memberi tekanan. Semalam, pihak penjara menghalang mereka berehat serta memberi tekanan supaya menghentikan mogok.

Odah, bapa kepada 10 anak, ditahan pada bulan Disember 2018. Sementara Hasan, yang mempunyai tiga orang anak, ditangkap pada bulan Januari 2019. Sebelum itu, mereka telah dipenjara selama beberapa tahun.

(Maan, IMEMC)

SHARE