GAZA, 22 Dis 2017 — Dua penduduk Gaza terbunuh dan 105 yang lain cedera, termasuk tiga orang dalam keadaan kritikal, dalam pertempuran dengan tentera Zionis di beberapa daerah berdekatan sempadan wilayah yang terkepung itu.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan mangsa yang terbunuh sebagai Zakaria al-Kafarne, 24, yang ditembak di timur bandar Jabaliya dan Mohammad Muhaisen, 29, yang ditembak di bahagian dada dalam pertempuran di timur kejiranan Shujaiya.

Sekurang-kurangya lapan orang cedera dalam kejadian di utara Gaza, 27 di Jabaliya, 32 di kota Gaza, 10 di kawasan tengah Gaza, 22 di Khan Younis dan 6 yang lain di Rafah.

(PIC, Maan, PNN)

SHARE