2 Warga Palestin Terkorban di Sempadan Gaza

GAZA CITY, 12 Disember – Dua warga Palestin telah terkorban manakala seorang tentera Israel tercedera di dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Semenanjung Gaza semalam, menurut sumber tentera pengganas Zionis.

Namun tentera pengganas Zionis seperti biasa mendakwa, mereka mengenal pasti dua orang suspek yang kelihatan cuba menghampiri sempadan di selatan Gaza sehingga memaksa pihaknya menembak mati kedua dua suspek berkenaan.

Dakwanya lagi, di dalam kejadian tersebut, satu tembakan telah mencederakan seorang tentera pengganas Zionis.Rentetan daripada tembakan tersebut, pihak pengganas Zionis telah berbalas tembakan dan tiada kecederaan susulan dilaporkan dikalangan tenteranya. Siasatan lanjut masih dijalankan.

Pasukan perubatan Gaza melaporkan gagal menghampiri tempat kejadian tersebut untuk membawa keluar mangsa kerana pergerakan mereka terhad disebabkan ancaman tindakan kejam tentera penganas Zionis di kawasan berkenaan.

Radio tempatan di Gaza melaporkan bahawa tentera pengganas Zionis telah menceroboh kawasan berhampiran kem pelarian Bureij. (mnn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts