20 lagi penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 17 Okt 2018 — Sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin, termasuk ibu kepada suspek menembak dua orang Yahudi di Barkan 10 hari lalu, diculik oleh tentera Zionis di Tebing Barat malam tadi.

Seramai empat orang diculik dari bandar Beit Ummar di wilayah al-Khalil. Mereka adalah Ayman Abu Maria, Bassel Khalid Abu Maria, Jihad Youssef al-Alami dan Rabie Jawad al-Zaaqiq.

Manakala di wilayah Beit Lahm, tiga penduduk diculik iaitu Muhammad Riad al-Umour yang merupakan anak lelaki tahanan Riad al-Umour yang sedang menjalani 11 hukuman penjara seumur hidup, Muhammad Hassan al-Umour dari bandar Tuqu, dan Ashraf al-Sajdi dari kem pelarian Dheisheh.

Di Ramallah pula, dua orang diculik iaitu Raafat Jamal Abdo dari bandar Kafr Nimeh dan Adam Thabteh, 19, yang berasal dari Baitulmaqdis.

Empat orang lagi diculik dari wilayah Jenin, iaitu Tareq Ziad Qatmash dari bandar Silat al-Thahr, serta bekas tahanan Abed al-Jabbar Jarrar, Nasr Umour dan Maher al-Akhras yang ditahan di sekatan tentera Zaatara di selatan Nablus.

Dua yang lain diculik dari kota Tubas di utara Tebing Barat, iaitu Ahmad Mamun Daraghmeh and Muhammad Fathi Bani Odeh.

Di Tulkarem, tentera Zionis menculik semula ibu kepada Ashraf Naawla yang menjadi suspek serangan menembak menyebabkan kematian dua orang Yahudi di zon industri Barkan 10 hari lalu. Wafaa Naawla telah ditahan sebanyak empat kali sejak insiden tersebut.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts