QALQILYA, 10 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin dari wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Di Qalqilya, empat penduduk diculik dari rumah mereka di bandar Kafr Qaddum dan Azzun.

Sementara di Ramallah, dua remaja diculik dari rumah mereka di bandar Kafr Ni’ma.

Pertempuran tercetus di kota dan kem pelarian Jenin, di mana seorang pemuda cedera ditembak dengan peluru getah dan beberapa yang lain seak nafas diserang gas pemedih mata.

Dalam kejadian di kem pelarian Jenin, tentera Zionis memecah masuk rumah Sheikh Bassam al-Saadi dan menculik anaknya, Yehya. Mereka turut memecah masuk rumah Nidal Zaydan di kota Jenin, menginterogasi bapanya selama beberapa jam sebelum menculik Nidal di satu kawasan di kota tersebut.

(PIC)

SHARE