GAZA, 19 Feb 2019 — Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan seramai 20 penduduk Palestin tercedera diserang oleh tentera penjajah Zionis ketika menyertai perhimpunan aman di pantai utara Gaza pagi tadi.

Tiga daripada mangsa terkena tembakan peluru hidup.

Perhimpunan laut merupakan sebahagian daripada kempen Great Returm March (GRM) yang diadakan sejak 30 Mac 2018. Puluhan buah bot belayar menuju ke kawasan perairan yang dikawal oleh tentera Zionis, bagi mendesak dihentikan sekatan ke atas Gaza.

(PIC, Maan)

SHARE