AL-QUDS, 26 Sep 2017 — Tentera Zionis hari ini mengumumkan akan menghalau keluar semua penduduk Badwi di perkampungan Susiya di selatan kota al-Khalil dalam tempoh beberapa bulan terdekat, sebagaimana yang dilakukan ke atas penduduk perkampungan Khan al-Ahmar di kota al-Quds.

Seramai 200 penduduk termasuk 93 kanak-kanak dari 32 keluarga Badwi Palestin tinggal di Susiya. Di situ terdapat sebuah bangunan majlis penduduk, sebuah klinik, tadika dan juga sbeuah sekolah untuk 55 murid-murid.

Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, mendakwa penduduk Susiya tidak mempunyai permit binaan bangunan.

SHARE