RAMALLAH, 8 Jan 2018 — Pihak penjara Zionis menggeledah bilik-bilik kurungan dan merampas lebih 2,000 buah buku dan manuskrip dari tahanan Palestin di penjara Hadarim.

Tentera Zionis mendakwa tindakan tersebut sebagai langkah keselamatan.

Namun menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS), langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha rejim Zionis untuk menghalang para tahanan meneruskan pengajian serta mengasingkan mereka dari dunia luar.

Hadarim merupakan satu-satunya penjara Zionis yang membenarkan tahanan Palestin meneruskan pengajian tinggi ketika dalam tahanan. Seramai kira-kira 200 penduduk Palestin dikurung di situ.

(PIC, IMEMC, PNN)

SHARE