200,000 solat Jumaat minggu ke 2 di Masjid Al Aqsa

solat jumaat di masjid al aqsa 4 Sept6 Sept – Walaupun rintangan berat menghadang, namun sekitar 200 ,000 ribu jamaah memenuhi Masjid Al-Aqsa pada pelaksanaan solat Jumaat kedua di Bulan Ramadan kali ini. Mereka datang dari Al-Quds dan sekitarnya, kawasan Palestin Tahun 1948 serta dari Tebing Barat, samada yang muda mahupun yang sudah berusia lanjut.

Pada Jumaat sebelumnya, pihak penjajah Israel mengadakan operasi ketenteraan dan pemeriksaan polis. Pengawalan ketat di semua pintu gerbang Al-Aqsa, Baldah Qadimah, tempat-tempat laluan utama, dan pos-pos pemeriksaan tentera kelihatan di akses-akses masuk utama ke andar Al-Quds (Jerusalem)

Sejumlah yang hadir memberikan keterangan kepada laman sesawang Paltimes, pada Jumaat (4/9), bahawa semua pintu gerbang Al-Aqsa dikawal oleh tentera dan polis Israel dan beberapa unit khusus. Mereka bertugas untuk memeriksa setiap warga Palestin secara ketat yang akan masuk ke Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat.

Penjajah Israel sendiri melakukan pengawasan maksima dalam acara solat Jumaat kelmarin. Mereka mengerahkan pengawasan radar di langit Al-Quds Lama dan helikopter untuk mengawasi pergerakan jamaah solat di Masjid Al-Aqsa. Selain itu, sebelumnya mereka juga membatasi usia para jamaah solat di mana bagi laki-laki batas minima 50 tahun dan wanita 45 tahun. Selain tu mereka mengedarkan surat-surat keterangan khusus lainnya.

Dalam acara solat Jumaat kelmarin, Yayasan Bayariq untuk Menghidupkan Masjid Al-Aqsa berhasil mengerahkan lebih dari 169 bas dari semua desa dan kota di Palestin Dalam. Bas tersebut berisi jamaah solat yang kemudian berkonvoi ke arah Masjid Al-Aqsa. Sementara Yayasan Al-Aqsa untuk Waqaf dan Pewarisan menyiapkan ribuan persediaan iftar untuk ribuan jamaah masjid Al-Aqsa.

“Sejak Jumaat Subuh sebahagian bangunan Masjid Al-Aqsa telah dipenuhi jamaah solat, dimana di bahagian depan dan wilayah Masjarah dari arah barat dan timur dipenuhi jamaah laki-laki. Sementara bahagian selatan, selatan Qubbah Shakhrah, dan wilayah Masyajarh dari arah barat daya Al-Aqsa dipenuhi oleh jamaah wanita ditambah lagi dengan ribuan lainnya yang solat di bawah hangatan matahari,” jelas Yayasan itu.

Ditambahkan pula bahawa setelah meminta informasi dari para wartawan yang berada di lokasi berkenaan jumlah jamaah yang solat, mereka menghitungnya sekitar 200,000 ribu, dimana kebanyakan mereka dari Al-Quds, Palestin Dalam dan jamaah dari solat Jumaat pada minggu lepas yang datang dari Tebing Barat yang kebanyakan sudah berusia lanjut.

Dalam khutbah yang telah disampaikan, Syaik Ikrimah Sabri memuji kedatangan massa ke Masjid Al-Aqsa dalam jumlah yang amat besar yang datang dari pelbagai pelosok Palestin. “Wahai anak-anak Isra’ dan Mi’raj! Wahai Anda semua yang berhasil melepasi pos-pos penjajah yang zalim! Wahai massa yang banyak! Sesungguhnya langkah kalian menuju Al-Aqsa untuk solat Subuh, Isya, tarawih dan Juma’at, itu semua merupakan balasan yang nyata atas mereka yang iri dengan Masjdi Al-Aqsa,” kata Sabri dalam sebahagian khutbahnya.(milyas/paltimes)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts