GAZA, 5 Dis 2018 — Laporan Pusat Kajian Palestin-Israel al-Quds menunjukkan seramai 2,020 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang bulan November lalu.

Dari jumlah tersebut, 45 daripadanya adalah anggota tentera dan tentera Zionis, serta rabai fanatik.

Pengarahnya, Emad Abu Awad, berkata peningkatan tersebut menunjukkan usaha rejim Zionis untuk mewujudkan realiti baharu dan Yahudisasi ke atas tapak suci umat Islam itu serta kota Baitulmaqdis.

Beliau mendesak Jordan, sebagai penjaga dan pihak yang bertanggungjawab ke atas tapak-tapak suci Islam dan Kristian, mengambil langkah yang serius memelihara tapak-tapak suci di seluruh wilayah Palestin.

(PIC)

SHARE