206 pelarian Palestin dikurung secara rahsia dalam penjara Syria

LONDON, 17 Okt 2018 — Seramai 206 pelarian Palestin dari kem pelarian Yarmouk, termasuk 20 wanita, dikurung secara rahsia dalam penjara-penjara rejim Bashar Asad di Syria.

Laporan Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) yang berpengkalan di London turut menyebut bahawa seramai 556 pelarian Palestin didera dalam penjara, dan sehingga kini nasib mereka masih menjadi tanda tanya.

April lalu, PBB telah mengeluarkan amaran bahawa kem pelarian Palestin yang terbesar di Syria itu telah “bertukar menjadi kem pembunuhan” apabila tentera Bashar Asad melancarkan serangan besar-bensaran ke atas pasukan bersenjata yang mengawal kawasan tersebut.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts