207 tahanan Palestin dibunuh sejak 1967

RAMALLAH, 17 Apr 2016 (PIC) — Pegawai kanan suruhanjaya hal ehwal tahanan Palestin, Abdul Nasir Farwana, mendakwa rejim Zionis telah membunuh secara langsung atau tidak seramai 207 tahanan sejak tahun 1967.

Tujuh daripada mangsa ditembak mati oleh tentera atau pegawai Zionis di dalam penjara. 126 lagi tahanan meninggal dunia akibat didera atau dibiarkan tanpa mendapat rawatan perubatan di dalam penjara. 74 yang lain dibunuh sejurus selepas dibebaskan, atau ketika masih lagi dalam tahanan.

Abdul Nasir juga mendedahkan bahawa puluhan warga Palestin yang sedang mengalami kecederaan dibunuh secara sadis oleh pihak keselamatan dan tentera Zionis sepanjang Intifadah al-Quds yang sedang berlarutan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts