BEIT LAHM, 27 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin dari wilayah Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi

Seramai empat orang remaja ditangkap dari bandar al-Khader di selatan Beit Lahm. Mereka dikenali sebagai dua beradik Muhammad, 15, dan Ahmad Mahmoud Saleh Moussa, 13, serta Muhammad Saoud Sbeih, 15, dan Yazan Abed al-Rahim al-Masri, 13.

Di wilayah al-Khalil, tentera Zionis menangkap bekas tahanan Rizq al-Rajoub bersama anak lelakinya Ahmad, yang juga seorang bekas tahanan. Kenderaan mereka juga dirampas.

Sementara itu remaja Mutasem Nasser Abu Irmeileh, 16, ditangkap di Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil atas tuduhan menyimpan sepucuk senjata api.

Di Ramallah, tentera Zionis menangkap Bilal Ali al-‘Anani, 24, Yousef Jamal al-Ashqar, 25, Islam Lafah dan Jaber Ahmad Mizhir. Manakala di dua pemuda Ahmad Nidal Abu Farha dan Mahmoud Omar Abu Farha turut ditangkap.

Dalam kejadian di Nablus, tentera Zionis menangkap Ahmad ‘Ayed Qitt, 21, dan Abdul-Hafith Ramzi Yousef, 17.

Di al-Quds pula, tentera Zionis menangkap Mohammad Arafat Abu al-Hamam, Arafat Abu al-Hamam bersama anak-anaknya Amer dan Shadi, serta Mohammad Abdul-Mon’em al-A’war, 19, dari kejiranan Abu Tayeh di Silwan.

Menurut dokumen PBB, tentera Zionis menjalankan 147 operasi memburu penduduk Palestin di Tebing Barat sepanjang tempoh dari 7hb hingga 20hb November lalu.

(Sumber: Maan, IMEMC, WAFA)

SHARE