21 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak ditangkap

AL-KHALIL, 21 Feb 2018 — Sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak ditangkap oleh tentera Zionis dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sepanjang malam tadi.

Tentera penjajah Zionis menyerbu daerah-daerah utara Tebing Barat termasuk Nablus, Jenin dan Qalqiliya, dan menangkap tujuh penduduk termasuk seorang bapa bersama dua anak lelakinya.

Di tengah Tebing Barat, lima penduduk ditangkap dari Ramallah.

Manakala di Baitulmaqdis Timur, dua beradik ditangkap dari kejiranan Issawiya, dua yang lain dari Kota Lama Baitulmaqdis, dan seorang lagi dari kem pelarian Shufat.

Sementara di selatan Tebing Barat, tentera Zionis menangkap empat penduduk termasuk seorang kanak-kanak berumur 15 tahun dari kota al-Khalil dan Beit Lahm.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts