21 Penduduk Tebing Barat Ditangkap

BEIT LAHM, 20 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap 21 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang hari ini.

Di utara Tebing Barat, lima orang penduduk ditangkap iaitu Ahmad Nabhan Baida, 20, dan Faraj Muhammad Sami, 21, dari perkampungan Jayous berdekatan Qalqiliya, bekas tahanan Amjad Hantash dari kota Qalqiliya, serta Nimr al-Kilani, 24, dan Yahiya Hamarsheh, 24, dari bandar Yaabad di selatan Jenin.

Pasukan tentera yang menyerbu masuk kota Jenin dan bandar al-Yamoun di barat wilayah Jenin memasang sekatan dan menutup jalan Jenin-Jaffa, di kawasan yang menuju ke banyak perkampungan dan bandar Palestin.

Sementara di wilayah Nablus, tentera Zionis meneyrbu perkampungan Qaryut dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah rumah-rumah penduduk.

Manakala di tengah Tebing Barat, empat penduduk ditangkap di wilayah Ramallah iaitu Othman Zahran dari Deir Abu Mashaal, dan aktivis Abdullah Abu Rahma, Muhammad Adib Abu Rahma serta Ahmad Muhammad Abu Rahma dari Bilin.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah sebuah kedai barang kemas di tengah kota Ramallah dan merampas sebahagian daripada barangan di situ.

Empat lagi penduduk Palestin ditangkap dari wilayah Beit Lahm dan al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Di kota Beit Lahm, tentera Zionis menangkap jurnalis Amjad Abu Arafa dari rumahnya, serta Mumen Abu Ahur dan Hamdi al-Kamel.

Di wilayah al-Khalil pula, tentera Zionis menangkap Alaa Jaradat dan Nassim Shalalda dari Sair, serta Jaafar Walid Masalma, Muhammad Sabri Masalma dan Arkan Rizq Masalma dari Beit Awwa.

Sehingga Oktober lalu, seramai 6,198 penduduk Palestin merengkok dalam penjara Zionis. Menurut kajian pertubuhan hak asasi Addameer, kira-kira 40% daripada penduduk lelaki Palestin pernah dikurung dalam penjara Zionis sepanjang hidup mereka.

(Sumber: Maan, IMEMC, PNN, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts