213 tahahan Palestin meninggal dunia dalam penjara

GAZA, 28 Feb 2018 — Seramai 213 orang tahanan Palestin meninggal dunia ketika dalam tahanan Zionis sejak tahun 1967, di mana lebih 100 orang daripada mereka maut akibat disiksa atau dinafikan rawatan perubatan.

Kajian Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menunjukkan tujuh orang daripada mereka meninggal dunia ketika tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015, termasuk gadis Fatima Taqatqa, 15.

Manakala 72 yang lain didera sehingga maut dan 59 lagi dibiarkan meningga dunia tanpa diberi rawatan perubatan.

Tujuh orang tahanan ditembak dalam penjara manakala 75 yang lain dibunuh secara sengaja, termasuk Yassin al-Saradih dari Jericho yang ditembak setelah ditangkap pada hari Khamis lalu.

Selain itu, ratusan bekas tahanan menghidap berbagai penyakit dan juga meninggal dunia tidak lama selepas dibebaskan dari penjara.

Sekitar 7,000 penduduk Palestin sedang merengkok dalam penjara Zionis, termasuk 500 orang yang ditahan di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts