2145 Penduduk Gaza Terkorban, Termasuk 58 Kanak-Kanak

mohGAZA, 27 Ogos 2014 (IMEMC) — Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa serangan tentera Zionis sejak 8 Julai lalu telah mengorbankan seramai 2,145 orang penduduk Gaza, termasuk 578 kanak-kanak, 263 wanita dan 102 warga emas.

Manakala 11,100 orang, termasuk 3,374 kanak-kanak, 2,088 wanita dan 410 warga emas tercedera. Sementara 100 keluarga di Gaza menjadi sasaran serangan, mengorbankan seluruh ahli keluarga mereka.

Turut terbunuh dan tercedera adalah relawan penyelamat, petugas perubatan dan media. Seramai 23 orang petugas perubatan turut terkorban dan 83 lagi tercedera.

Kementerian turut melaporkan bahawa rejim Zionis dengan sengaja menyasarkan 15,671 rumah penduduk, meranapkan 2,276 buah rumah. Sebanyak 13,395 buah rumah rosak dan tidak sesuai untuk didiami manakala ribuan buah lagi rosak sebahagiannya.

Sekitar 500,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka dan menumpang di rumah keluarga di kawasan yang kurang risiko serangan. 200,00 orang daripada mereka menumpang di bangunan sekolah.

Di samping itu menurut Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, tentera Zionis juga menyasarkan sebanyak 190 buah masjid, di mana 70 buah daripadanya musnah sama sekali.

143 buah sekolah turut menjadi sasaran, 24 daripdadanya musnah sama sekali. Puluhan penduduk Gaza yang menumpang sementara di bangunan sekolah terkorban dalam serangan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts