GAZA, 17 Dis 2018 — Sekurang-kurangnya 22 penduduk Palestin cedera diserang oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan laut mingguan kali ke-20 di kawasan pantai utara Gaza, tengahari tadi.

Seramai tiga mangsa terkena tembakan peluru hidup dan 19 yang lain cedera ditembak dengan peluru getah dan gas pemedih mata.

Di samping menyerang ratusan peserta perhimpunan, bot-bot tentera Zionis turut menembak 20 bot Palestin yang belayar menuju ke pantai Zikim, sebagai simbolik usaha memecah sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 13 tahun lalu.

Perhimpunan tersbeut bertujuan untuk menarik merhatian dunia tentang sekatan zalim yang dikenakan oleh rejim Zionis, di mana kapal-kapal dilarang memasuki atau meninggalkan wilayah Gaza.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE