22 termasuk kanak-kanak diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 11 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik 22 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dari Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Di Ramallah, tiga pemuda diculik iaitu Zhed Matar al-Rimawi, 33, Mahmoud Thalji al-Khatib, 20, dan Taim Awad al-Hajj, 20.

Seramai lima orang, termasuk seorang kanak-kanak, diculik dari al-Khalil. Mereka adalah Mahdi Abed al-Jawad Badr, 36, Rami Issa Ashour, 35, Wahid Samir Adi, 16, Yasser Muhammad al-Rajoub, dan Bader Muhammad al-Huwamda.

Manakala di Beit Lahm, tentera Zionis menculik empat penduduk termasuk tiga kanak-kanak di bandar al-Khader iaitu Ibrahim Hassan Ajaj, 14, Ahmad Ali Issa, 18, Kareem Muhammad Daadou, 14, dan Ibrahim Hani Samoun, 27.

Dua penduduk diculik dari Nablus, iaitu Ramzi Hamad Eweis dan Ziyad Kamal Eweis. Sementara tiga yang lain turut diculik dari Jenin iaitu Ahmad Ghazi Ighbariye, Mahmoud Ali al-Saadi, dan Abdullah Said Ighbariye.

Tentera Zionis menculi tiga lagi penduduk dari Tulkarem. Mangsa-mangsa adalah Asid Muhammad Kaabiya, 25, Khaled Mutei Harshe, dan Omran Ayman Harshe.

Dalam kejadian di Kota Lama Baitulmaqdis, tentera Zionis menculik bekas tahanan Mahmoud Abed al-Latif, 27, dari rumahnya. Beliau pernah beberapa kali diharamkan memasuki kawasan Masjid al-Aqsa.

(Maan, IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts