221 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 12 Julai 2016 (PIC) — Seramai 221 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dikawal oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Wakaf, pendatang Yahudi tersebut menceroboh masuk melalui Pintu al-Magharebah dalam dua kumpulan berbeza, di mana sebahagian daripada mereka membuat provokasi terhadap para jemaah dengan cubaan melakukan ritual Talmud.

Pada masa yang sama, polis penjajah Zionis terus menghalang sebilangan wanita Palestin daripada memasuki masjid suci itu atas tuduhan terlibat dalam mengganggu pendatang Yahudi yang menceroboh masuk di perkarangan al-Aqsa.

Suasana di Masjid al-Aqsa menjadi tegang sejak Oktober 2015 apabila pasukan polis menyerang masuk perkarangan masjid dan menghalang penduduk Palestin masuk, bagi memberi laluan kepada para pendatang Yahudi menceroboh masuk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts