23 kebakaran baharu di penempatan haram Yahudi di sempadan Gaza

GAZA, 19 Julai 2018 — Kebakaran besar berlaku semula di beberapa kawasan penempatan haram Yahudi yang terletak berdekatan kawasan sempadan semalam, akibat belon-belon api yang diterbangkan dari Gaza.

Kebakaran tersebar di kawasan Nahal Oz, Kisufim, Nir Am, Sedirot dan Shear Hanegev.

Sementara kebakaran di Kibbutz Be’eri menyebabkan kemusnahan besar ladang ternakan lebah madu.

Kebakaran merebak sehingga ke kawasan penempatan Kiryat Malakhi dan sekitarnya, yang terletak 40 kilometer dari Gaza.

Tentera Zionis menagmil berbagai langkah untuk menghalang layang-layang dan belon api diterbangkan dari Gaza, termasuk dengan menggunakan sistem lazer untuk memusnahkan layang-layang dan belon di udara, sebelum masuk ke dalam wilayah mereka.

Mereka turut menggunakan sistem GOSHAWA yang menggunakan sensor fotovoltaik untuk mengesan belon api di udara dengan sangat tepat, dan menghancurkannya di udara secara otomatik. Namun sistem itu juga tidak berjaya menghalang kebakaran.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts